****************************************************************************************

Muslim Homemade From My Kitchen... insyaallah halal

:: Tempahan haruslah dibuat awal seminggu ::
:: Deposit sebanyak 50% dikenakan untuk setiap tempahan dibuat ::

Berminat menempah, boleh hubungi (call/sms/WhatsApp) : Hanim (012-2453963) / Wahab (016-2031575)

Tempahan boleh diambil di rumah :
No 17, Lorong Kemajuan 2 (Lorong Kiri 1), Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur.


****************************************************************************************

Wednesday, September 28, 2011

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera...

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan buat semua umat Islam... Alhamdulillah kita semua masih dapat menyambutnya dengan aman dan meriah...

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih di atas semua tempahan yang telah saya terima selama ini... terima kasih di atas sokongan anda semua... walaupun saya masih baru dalam bidang ini, tapi tempahan yang saya terima sangat menggalakkan... kepercayaan anda semua adalah semangat bagi saya menghasilkan masakan yang bermutu dan halal...

Saya juga ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa semasa urusan jual beli... dan juga meminta maaf jika ada masakan saya yang terkurang rasanya semasa anda memakannya... saya memerlukan komen² yang membina di dalam memajukan lagi nama produk ini...

Ada juga tempahan yang saya terima tak terambil gambar sebab bila dah penat memasak dan mengemas, terus terlupa untuk mengambil gambar... maklumlah jawatan surirumah macam² benda nak di uruskan dan yang paling harus di utamakan 3 orang anak² kecil yang comel pengarang jantung ini...

Buat pengunjung baru dan lama silalah intai² menu... mungkin ada yang berkenan, bolehlah buat tempahan... Anda boleh menghubungi saya di facebook (mesej inbox) ataupun telefon 012-2453963.

Sekian. Terima kasih. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Daripada :
Hajah Zakiah Hanim Binti Haji Mansor
Citarasa 3i'Wahaz